Kejayaan itu sekali gus menjadikan SMK Puteri  salah satu daripada dua buah sekolah di negeri yang telah dipilih dan dianugerahkan dalam kalangan 10 sekolah terbaik di peringkat nasional.

Menurut Setiausaha Kecemerlangan STPM SMK Puteri, Kartini Salim, pencapaian itu adalah satu sejarah baharu buat sekolah apabila berjaya mencapai kejayaan sehingga ke peringkat nasional.

"Tahun ini, kita mendapat PNGK 3.29 berbanding 2.99  tahun lalu. Ini adalah satu pencapaian yang diluar jangkaan.

"Empat pelajar yang mendapat PNGK 4.0 ialah Dalili Dahlia Ibrahim, Nurul Aifaa Yaakub, Noor Yusrina Mohd. Ariffin dan Raja Nur Fazlin Raja Ibrahim," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE