Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan
Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan.

Itu merupakan luahan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu terhadap kritikan serta teguran yang dilemparkan kepada beliau sejak dilantik ke jawatan tersebut selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai `Abang Mat' percaya kritikan dan pandangan sinis adalah perkara biasa yang perlu diambil perhatian sebagai menteri atau sebagai pemimpin kepada satu organisasi besar.

Akan tetapi saya tidak boleh terima sekiranya fitnah atau unsur fitnah dilemparkan terhadap saya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Mohamad dikritik kerana membuat beberapa kenyataan yang dilihat tidak sensitif dengan isu keselamatan serta kerahsiaan pertahanan negara.

Beliau juga menjadi `bahan' kecaman di media sosial apabila gambarnya berswafoto dengan pramugari sebuah syarikat penerbangan serta berkongsi nombor telefon bimbit didakwa miliknya menjadi tular.

Walau bagaimanapun, Mohamad mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengkritik, menegur bahkan mengecam prestasi beliau sebagai Menteri Pertahanan.

"Saya menerima kritikan daripada bekas Perdana Menteri, bekas Menteri Pertahanan dan bekas Menteri Belia dan Sukan sebagai satu teguran untuk menilai dan memperbaiki prestasi serta kesungguhan menerajui kementerian ini,"ujar beliau. - UTUSAN ONLINE