Jelas penyanyi yang bertanding menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu, pentas AJL 31 ‘terlalu besar' untuknya dan dia mengakui sedikit gugup terutama dari segi vokal ketika menyampaikan lagu tersebut.

“Saya mengambil kesilapan dan rasa gugup itu sebagai satu pengajaran serta akan memperbaiki mutu vokal pada masa akan datang agar dapat memberi persembahan yang lebih mantap.

“Malah, semua kritikan saya terima secara positif kerana masih baru lagi dalam bidang seni ini. Saya juga berterima kasih kepada pihak TV3 kerana memberi peluang kepada saya,” katanya.- UTUSAN ONLINE