Wakil Armada PPBM Lanchang, Airul Amir Amirudin berkata, ahli akar umbi berasa ditipu dengan kepemimpinan parti berkenaan yang dilihat tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam membela mereka.

"Kami ahli-ahli Armada Pahang bersepakat menyatakan telah ditipu hidup-hidup oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad selaku Pengerusi PPBM dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kononnya sayap ini wujud sedangkan hakikatnya ia haram serta tidak wujud dalam perlembagaan parti.

"Kami secara jujur dengan rasa tertekan mendesak ROS supaya membatalkan pendaftaran PPBM sebagai pengajaran," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE