J. Ragesuthen dan S. Gokulan masing-masing berusia 18 tahun serta dua lagi remaja berusia 16 dan 17 tahun dituduh menyebabkan kematian Nhaveen di Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, Glugor di sini kira-kira pukul 11 malam hingga 12 tengah malam 9 Jun lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan dengan membawa hukuman mati mandatori. – UTUSAN ONLINE