Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kesemua mereka yang berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun didapati gagal ujian saringan dadah itu yang dilakukan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Katanya, ujian tersebut yang dijalankan sejak 31 Oktober lalu merupakan inisiatif IPK Johor dalam usaha membersihkan anggota atau pegawai daripada terlibat penggunaan dadah.

"Ujian saringan dadah ini akan dijalankan membabitkan 10,370 warga PDRM Johor. Setakat ini, seramai 6,221 individu membabitkan pegawai, anggota dan kakitangan awam telah disaring.

"Daripada saringan ujian air kencing yang dilakukan, lima warga PDRM negeri ini yang gagal ujian tersebut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi menjalani tindakan perundangan seperti biasa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas program hHari keluarga berkonsep baharu, Ceria Bersama PDRM Care Johor di Taman Sutera di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE