Kejadian pukul 11.25 pagi itu berlaku apabila dua suspek yang mengenakan jaket warna gelap dan berseluar jean panjang bertindak memecahkan cermin kaca pameran barang kemas menggunakan tukul besi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, ketika kejadian seorang lagi rakan suspek yang menjaga dua motosikal jenis Yamaha LC berada di luar premis.

“Dua suspek mengambil masa dua minit sahaja untuk melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM370,000,” katanya sambil memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata. - UTUSAN ONLINE