Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 pagi, Sabki Che Mud, 44 yang memandu kereta jenis Honda Civic serta rakan wanitanya yang belum dikenal pasti identiti maut serta-merta di lokasi akibat kecederaan parah.

Sementara itu, pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra, Muhammad Ajwad Mohd. Rahaimi, 21, dan abangnya, Muhammad Muhayyidin Mohd. Rahaimi, 23, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asistem Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, Honda Civic dinaiki dua mangsa yang maut datang dari arah Kota Bharu menuju ke Pasir Mas.

"Ketika di lokasi kejadian, mangsa cuba memotong sebuah kereta di hadapannya dan gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan MPV Naza Citra.

"Akibat pertembungan itu, Honda Civic terbabas ke kanan jalan dan melanggar besi penghadang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE