Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

18 sekolah P. Pinang lulus 100% STPM

LIMA pelajar SMJK Jit Sin Bukit Mertajam Pulau Pinang bersorak kegembiraan selepas mereka memperoleh
LIMA pelajar SMJK Jit Sin Bukit Mertajam Pulau Pinang bersorak kegembiraan selepas mereka memperolehi 4A keputusan STPM yang diumumkan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/Sazali Che Din

PULAU PINANG 28 Feb. - Sebanyak 18 daripada 38 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan di negeri ini  memperoleh kelulusan 100 peratus dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan negeri, Mohd. Jamil Mohamed berkata, daripada 2,285 calon layak mendapat sijil, seramai 44 mendapat keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00. 

"Calon lulus 5P seramai 50 orang manakala 1,648 memperolen keputusan lulus 4P,"  katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan STPM di sini hari ini. 

Calon boleh menyemak keputusan di sekolah masing-masing bermula 12 tengah hari tadi dan calon persendirian akan mendapatkan keputusan itu melalui kiriman pos. 

Mereka turut boleh menyemak menerusi portal Lembaga Peperiksaan di www.mpm.edu.my atau khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM<RESULT>NO. KP dan menghantarnya ke 15888. - UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain