Penganjurnya, Universal Fitness and Leisure Sdn. Bhd. (UFL) dalam satu kenyataan memaklumkan, larian itu buat julung kali diadakan bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengetengahkan Port Dickson sebagai salah sebuah lokasi pelancongan menarik.

Katanya, larian tersebut mempunyai dua kategori iaitu 14 kilometer (km) dan 5 km.

“Semua rakyat Malaysia seharusnya mengambil peluang menyertai larian ini yang akan diadakan Oktober nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. UTUSAN ONLINE.