Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

1,271 calon STPM di Melaka lulus penuh

TIMBALAN Pengarah Pendidikan negeri Melaka, Mohd. Rashid Mohd. Sidek (tengah) ketika mengumumkan kep
TIMBALAN Pengarah Pendidikan negeri Melaka, Mohd. Rashid Mohd. Sidek (tengah) ketika mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 bagi seluruh negeri Melaka di Jabatan Pendidikan Negeri di Bukit Baru, Melaka sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

MELAKA 28 Feb. - Sebanyak 1,271 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 di Melaka mendapat keputusan lulus penuh berbanding sejumlah 1,245 calon yang mengambil peperiksaan itu pada tahun 2015.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Rashid Mohd. Sidek berkata, daripada jumlah itu, seramai 502 calon memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke atas.

Katanya, Gred Purata Negeri pula mencatatkan 2.74 mengatasi Gred Purata Nasional sebanyak 0.03 iaitu 2.71.

"Sebanyak 17 buah sekolah memperolehi keputusan lulus 100 peratus pada peperiksaan STPM tahun lalu," katanya dalam sidang akhbar mengumumkan keputusan STPM negeri Melaka di Jabatan Pendidikan Negeri di Bukit Baru di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain