Zuraida berkata, ketika ini tidak ada sebab kenapa perlu melompat ke Bersatu sedangkan kedua-dua parti itu berada dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya ingat sebab ramai yang melompat masuk Bersatu, saya pun dikatakan akan masuk parti itu.

“Ketika ini tidak ada... Kita sama-sama dalam PH tidak ada membezakan sama ada saya akan masuk Bersatu atau tidak kerana berada dalam pakatan yang sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perayaan Penjagaan Kesihatan Keluarga di Plaza Sentosa di sini hari ini.

Pada Disember lalu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah menafikan perkara tersebut namun khabar angin itu bertiup kencang mengatakannya dan Azmin akan menyertai Bersatu. - UTUSAN ONLINE