Menurut Zuraida, PKR mempunyai ramai calon wanita yang boleh diketengahkan dan mereka sememangnya mempunyai kebolehan serta mampu menjadi pemimpin yang baik sekiranya diberikan peluang oleh pucuk pimpinan parti.

“Saya memang selalu mengangkat agenda wanita, jadi saya minta agar kali ini diberikan peluang untuk calon wanita bertanding. Sudah beberapa PRK berlangsung dan tiada langsung golongan wanita diletakkan sebagai calon.

“Negeri Sembilan merupakan negeri yang mengamalkan adat pepatih iaitu mengutamakan wanita dalam keluarga, jadi kali ini saya harap PKR dapat letakkan calon wanita di Rantau,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Zuraida yang juga merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang peringkat kementerian bagi tahun 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.-UTUSAN ONLINE