Katanya, tindakan itu wajar dilakukan demi mengelakkan berlakunya ketegangan kaum dalam negara.

Beliau juga mahu pihak berkuasa mengambil ambil tindakan terhadap pendakwah itu dengan mengusirnya keluar dari negara jika enggan memohon maaf.

“Beliau (Zakir) sepatutnya bersyukur kerana diberi status penduduk tetap dan kebebasan untuk berdakwah, bukannya mengambil kesempatan menghina kesetiaan kaum lain dalam negara.

“Maka tidak hairanlah, beliau begitu dikecam dalam kalangan orang Cina dan India. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, kenyataan Zakir dalam salah satu program semasa jelajah dakwah di Kelantan dikatakan mempunyai unsur hasutan apabila menyentuh soal kaum Cina dan India.

Bagi Hoe Chai, tindakan penceramah itu bukan sahaja mendapat kecaman semua masyarakat malah cubaan untuk menaikkan api kebencian sesama masyarakat dalam negara.

“Oleh kerana beliau sendiri bukan anak jati Malaysia, beliau tidak sepatutnya berkata demikian.

“Malah Perdana Menteri Negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri memberi amaran bahawa beliau tidak patut mengeluarkan ceramah atau ucapan berbaur politik. Kapisitinya hanya dibenarkan untuk memberi ceramah berbentuk Islamiah,” katanya.-UTUSAN ONLINE