Ahmad Zahid berkata, beliau telah menerima jemputan tersebut menerusi barisan kepimpinan Pas.

Menurutnya, sayap UMNO termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri juga dijangka hadir dalam majlis tersebut bagi memberikan sokongan moral kepada Pas.

“Saya sendiri dapat ‘endorsement’ (sokongan) daripada kepimpinan tertinggi Pas. Komitmen kita bukan sekadar berpidato, tetapi menerusi kerja dan keikhlasan. Insya-Allah kita akan bekerja keras. Ini bukan soal imbuhan.

“Ketepikan protokol. Ini adalah perjuangan. UMNO akan beri sokongan kuat kepada Pas menerusi titik persefahaman yang telah terbentuk sebelum ini,” katanya ketika berucap dalam majlis Ceramah Mega Kesatuan Blok Pembangkang di Bandar Sunway di sini, malam ini. - UTUSAN ONLINE