Anaknya, Yamani Hafez Musa ketika dihubungi mengakui tidak mengetahui keberadaan bapanya selain gagal dihubungi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sipitang, berkata, kali terakhir beliau bertemu bapanya selepas penamaan calon Barisan Nasional (BN) Sabah sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Bangunan UMNO di sini pada 28 April lalu.

“Sejurus penamaan calon BN Sabah, saya terus ke Sipitang sehingga PRU-14 memandangkan saya dicalonkan untuk kerusi Parlimen Sipitang.

“Jika dihitung sebelum pilihan raya lagi sehingga hari ini saya tidak bertemu dan berkomunikasi dengan beliau. Kami adik-beradik dan ahli keluarga di sini juga setia menanti khabar berita daripada ayah dan ibu Puan Sri Faridah Tussin,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yamani Hafez berkata, dia juga tidak pasti sama ada Musa berada di kediaman Kota Kinabalu mahupun di Sandakan memandangkan kedua-dua rumah itu sepi. - UTUSAN ONLINE