Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, keyakinan itu diukur dengan semangat luar biasa yang ditonjolkan seluruh jentera parti untuk memastikan kemenangan tetap milik BN.

“Bila kita nak menang perang? PRU-14 sama ada diadakan tahun ini atau tahun depan, tahun ini pun boleh menang, tahun depan pun insya-Allah boleh menang.

Semangat kita kuat dan luar biasa, sudah tidak sabar nak lawan, Ini semangat kepahlawanan.

“Saya harap kita boleh membuat persiapan atau kesiapsiagaan yang cukup rapi. Saya percaya, sebelum kita melakukan kerja besar kita perlu buat persiapan rapi sehingga tiada satu batu pun tertinggal,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 5,000 ahli-ahli pergerakan sayap UMNO dan BN dalam pelancaran JR Plus, di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE