Malah, Presiden Gerakan Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, tindakan berani Nurul Izzah disifatkan sebagai pandangan majoriti rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai beberapa kelemahan.

Selain itu, katanya, tindakan itu memberi gambaran seolah-olah tiada saluran untuk memberi pandangan dan menyatakan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin PH.

“Adakah kenyataan Nurul Izzah menunjukkan rasa tidak puas hati dan tekanan PKR terhadap Dr. Mahathir? Apakah ini bermakna Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahin masih menyokong kepimpinan Dr.Mahathir?

“Tindakan Nurul Izzah yang mungkin dianggap keterlaluan dalam kalangan komponen PH itu juga merupakan tanda jelas bahawa ada parti termasuk DAP tidak berani mengkritik kelemahan kerajaan sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nurul Izzah semalam menyifatkan kerajaan PH mengambil langkah perlahan dalam pentadbiran negara dan mengumumkan untuk mengakhiri karier politik beliau.-UTUSAN ONLINE