Beliau juga mahu semua pengundi di kawasan itu bekerja bersama-sama beliau untuk kebaikan rakyat dan Puncak Borneo.


"Kemenangan kami bukanlah kerana usaha kami tetapi adalah kehendak Tuhan, kemenangan bagi rakyat, kebangkitan pengundi di Sarawak.


"Saya juga meminta orang ramai agar tidak memanggil saya 'Yang Berhormat'. Cukup sekadar 'Willie'. Kami sangat berterima kasih atas semua yang telah anda sumbangkan semasa kempen kami melalui sumbangan wang dan sebagainya, sukarelawan dan doa," katanya dalam mesej WhatsAppnya.


Willie memenangi kerusi Puncak Borneo selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Genot [email protected] Sinel dan calon STAR Buln Ribos dalam pertandingan tiga penjuru.


Beliau merampas kerusi majoriti Bidayuh itu dengan 4,005 undi majoriti. - BERNAMA