Wanita UMNO ucap tahniah pada Wan Azizah
Shahrizat Abdul Jalil

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, meskipun berbeza pendapat politik tetapi sebagai seorang ibu dan pemimpin wanita, beliau rasa amat bangga dengan pencapaian yang bersejarah itu.

“Kami yakin Wan Azizah akan dapat menjalankan tugas dengan baik dan kembali menyatupadukan rakyat Malaysia.

“Selamat maju jaya dan dirahmati Allah SWT,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE