Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wanita UMNO jentera mujarab rampas Selangor

SHAHRIZAT ABDUL JALIL dan Jamal Md. Yunos bersama ahli Wanita
SHAHRIZAT ABDUL JALIL dan Jamal Md. Yunos bersama ahli Wanita UMNO semasa menghadiri pelancaran KITA-14 di Sekinchan, Selangor, semalam. UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH

SABAK BERNAM 13 Sept. - Wanita UMNO memberi jaminan bahawa perge­rakan sayap itu akan menjadi jentera paling mujarab kepada gerak kerja UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam usaha menawan semula Selangor daripada Pakatan Harapan pimpinan DAP.

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bagi tujuan itu, Wanita UMNO mewujudkan Kembara Ibu Terbaik Bangsa PRU-14 (KITA-14) dengan tumpuan khusus diberikan kepada Selangor memandangkan pilihan raya umum akan datang adalah medan terbaik untuk BN merampas kembali negeri tersebut.

Beliau berkata, peluang itu tidak harus dilepaskan kerana berdasarkan bancian semasa, jelas rakyat Selangor tidak berpuas hati dengan kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam banyak perkara.

“Rakyat menyuarakan mereka sudah kesal dengan wakil rakyat pembangkang sama ada di Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak membela nasib mereka.

“Contohnya, lihat sahaja di Sekinchan dan Sungai Besar ini yang memberi perkhidmatan serta membela nasib rakyat adalah UMNO dan BN.

“Inilah rumusan bancian sikap di Selangor yang dilakukan Pergerakan Wanita,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran KITA-14 Bahagian Sabak Bernam, Tanjong Karang dan Sungai Besar di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Wani­ta UMNO Selangor, Datuk Nor Hayati Onn; Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd. Yusof dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.

KITA-14 merupakan program turun padang bersama Wanita UMNO bahagian dalam membela keperluan rakyat selain mende­ngar keluhan yang sering dihadapi mereka.

Mengulas lanjut mengenai pe­ranan jentera wanita menjelang PRU-14 nanti, Shahrizat berkata, polisi wanita adalah memastikan setiap tanggungjawab yang dibe­rikan mesti cemerlang dalam apa jua yang dilakukan.

"Dalam BN, setiap komponen diberikan tugas yang jelas bagi menyatakan peranan masing-masing. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan adalah perlu fokus dan lakukan yang terbaik.

“Paling penting adalah memastikan Pergerakan Wanita menjadi jentera mujarab dan berada bersama akar umbi serta terus membela rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain