NORAINI AHMAD
NORAINI AHMAD

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, ketika ini terdapat beberapa peruntukan undang-undang atau kod amalan garis panduan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membendung kes-kes gangguan seksual iaitu di bawah Kanun Keseksaan, Pindaan Akta Kerja 1955, Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja dan Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam.

Begitupun, jelasnya, peruntukan undang-undang sedia ada perlu ditambah baik agar usaha kerajaan membendung gangguan seksual lebih berkesan.

“Ini kerana peruntukan di bawah Kanun Keseksaan lebih bersifat umum dan beban pembuktian di dalam kes yang dirujuk perlu dibuktikan melampaui keraguan munasabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pegawai khas timbalan menteri viral didakwa 'skodeng' skirt wanita

PAPARAN rakaman kamera litar tertutup menunjukkan seorang lelaki merupakan pegawai khas timbalan menteri melakukan tindakan tidak senonoh apabila mengintai skirt wanita yang sedang melakukan pemeriksaan mata terhadap pesakitnya yang merupakan seorang timbalan menteri. - UTUSAN ONLINE/Media sosial

Beliau mengulas isu tular dalam media sosial mengenai seorang individu yang didakwa merakam dengan menggunakan telefon bimbit dari arah bawah skirt seorang wanita sewaktu menemani Timbalan Menteri Dalam Negeri membuat pemeriksaan mata. - UTUSAN ONLINE