Timbalan Perdana Menteri yang merupakan pakar mata berkata, pengalaman melihat pesakitnya pulih selepas menjalani pembedahan memberi kepuasan dalam kerjaya sebagai doktor.

"Cita-cita saya menjadi doktor yang terbaik, terkenal tetapi bertukar menjadi ahli politik. Tetapi yang penting kita kena belajar dan cuba sedaya upaya.

"Kemungkinan apa yang kita pilih tidak berlaku kerana ada faktor lain dalam hidup. Jangan putus asa, hidup adalah perjuangan dan ujian. Yang penting usaha berterusan untuk belajar," katanya.

Beliau berkongsi nasihat itu semasa berucap merasmikan Majlis Graduasi Kali Ketiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Samad, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali dan pengetua sekolah, Jais Ahmad.

Dalam pada itu, Wan Azizah mengingatkan pelajar supaya sentiasa berpegang kepada nilai moral dan agama bagi mengelak terjebak dalam anasir negatif.

Katanya, dalam zaman teknologi dan internet, cabaran yang dihadapi golongan muda adalah berbeza dan ibu bapa perlu sentiasa memantau anak-anak mereka. - UTUSAN ONLINE