Zakaria berkata, semua jentera parti BN dan Pas telah bekerja keras untuk kemenangan, sekali gus merampas kerusi DUN Semenyih itu yang sebelum ini milik Pakatan Harapan (PH).

“Saya telah berjumpa dengan pengundi DUN Semenyih sejak awal berkempen dan rata-rata mereka memberikan respon positif terhadap BN.

“Peratusan yang tepat saya tidak tahu tapi saya telah jumpa lebih 60 peratus pengundi termasuklah masuk ke kawasan luar bandar dan usaha ini akan diteruskan untuk tujuh hari lagi hingga hari pengundian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika mengadakan ziarah mesra bersama pengundi Semenyih sekitar Bandar Bukit Mahkota di sini hari ini.

Yang turut hadir,Penyelaras Pas Bandar Bukit Mahkota, Hasbullah Osman.

Menurut Zakaria, beliau tetap bersemangat untuk bertemu lagi 40 peratus pengundi Dun Semenyih dan yakin akan bertemu kesemuanya menjelang hari pengundian

dengan kerjasama ahli Pas yang lain.

Sementara itu, Hasbullah berkata, dia turun padang beberapa hari ini bagi memberikan sokongan kepada calon BN DUN Semenyih dan memastikan kemenangan kepada parti itu.- UTUSAN ONLINE