Rakaman video itu merupakan satu sesi latihan simulasi dianjurkan oleh UMNO kepada ahli-ahlinya di pusat latihan milik parti itu.

Bagaimanapun, seorang peserta dipercayai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa terlepas tapisan keselamatan bertindak merakam sesi simulasi itu sebelum dimuatnaik oleh pentadbir Facebook Milo SuaM.

LOKMAN NOOR ADAM
LOKMAN NOOR ADAM

Mengulas video berkenaan, Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat Dan Pemantau Prestasi Kerajaan, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan simulasi berkenaan bukan sekadar latihan biasa.

Beliau berkata, ia merupakan simulasi bermesej ditujukan kepada kerajaan sekarang yang memungkiri janji selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Terima kasih kepada Milo SuaM. Kami selalu buat demo menuntut janji 100 hari pertama ditunaikan, malangnya tidada media yang dikuasai Pakatan Harapan yang melaporkannya.

“Dengan tersebar video ini, ia memberi isyarat jelas bahawa UMNO sentiasa membawa isu rakyat, bukan isu perkauman sempit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, penularan video berkenaan juga diharap dapat memberi kesedaran kepada semua ahli UMNO bahawa kepimpinan parti itu bersedia berhadapan dengan Pakatan Harapan (PH).

“Dengan tersebarnya video ini, baru ahli UMNO sendiri sedar bahawa kepimpinan baharu UMNO dibawah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presidennya, sedang menyediakan bala tentera untuk memusnahkan Pakatan Harapan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE