Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Selain itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut menerima kad keahlian Bersatu.

Borang penyertaan itu diserahkan kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu majlis khas di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Rosol belum tiba lagi kerana masih dalam perjalanan ke sini.

Enam Ahli Parlimen itu yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas itu memutuskan untuk meninggalkan UMNO pada 14 Disember tahun lalu. - UTUSAN ONLINE