Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kepimpinan BN dibawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terbukti mengambik perhatian kepada Sarawak.

“Kerajaan BN memperjuangkan untuk pembangunan seimbang yang dulu tidak diberi perhatian sepatutnya.

“Tapi kini kita diberi perhatian dengan sebaiknya dibawah kepimpinan Najib, lihatlah manifesto BN hang mempunyai inisiatif khusus bagi Sarawak dan Sabah, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditambah termasuk bantuan nelayan dan petani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Daerah Simunjan 2018 yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Mesra Simunjan di sini sebentar tadi.

Tambah Awang Tengah, sukatan perimeter tanah hak adat bumiputera (NCR) yang diperuntukan dana dalam bajet oleh Najib berjaya menyukat lebih 835,000 hektar malah usaha ini akan diteruskan lagi.

Sementara itu, Nancy memberitahu, beliau mewakili masyarakat di Simunjan menghargai keprihatinan Ahmad Zahid untuk datang dan beramah mesra dengan penduduk di sini.

Katanya, pelbagai program pembangunan telah dan sedang dirancang bagi memastikan penduduk di sini tidak ketinggalan dengan arus kemodenan.

“Batang Sadong mempunyai wawasan begitu besar yang memerlukan sokongan daripada kerajaan Persekutuan,” ujarnya.