Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, berdasarkan laporan diterimanya, jumlah ahli yang keluar mengundi adalah seperti yang dijangkakan di setiap kawasan.

“Di kawasan yang kita kuat seperti di daerah ini, Temerloh dan Bera menunjukkan jumlah yang ramai berbanding daerah lain seperti Pekan, Maran dan Rompin yang agak sedikit.

“Daripada jumlah yang keluar hari ini menunjukkan trend golongan wanita lebih banyak berbanding Angkatan Muda Keadilan (AMK),” katanya selepas meninjau proses pemilihan bagi Cabang Bentong di Dewan Orang Ramai Taman Mawar di sini hari ini.

Zuraida yang bertanding jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti kali ini berkata, beliau akan melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan perjalanan pemilihan PKR di negeri ini berjalan lancar mengikut peraturan ditetapkan. - UTUSAN ONLINE