Beliau yang mengenakan baju putih dan berkopiah tiba di pasar pagi berkenaan kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Selain bertanya khabar, terdapat beberapa penduduk yang turut mengambil peluang berswafoto bersama-sama dengannya.

Salah seorang penduduk, Salim Md. Isa,70, turut mengambil peluang merapati calon PH berkenaan.

Katanya, dia mengenali Muhammad Aiman kerana anak lelakinya merupakan rakan kepada adik calon PH tersebut.

“Saya kenal Muhammad Aiman sebab adik dia rakan kepada anak saya.

“Dia bagus orangnya kerana seorang yang bertimbang rasa,” katanya ketika ditemui pemberita. - UTUSAN ONLINE