Mohd. Puad Zarkashi
Mohd. Puad Zarkashi

Malah, beliau memberikan ruang sepenuhnya kepada bekas Perdana Menteri itu menentukan ta­rikh dan lokasi sesuai untuk perdebatan ter­sebut diadakan.

“Jadi tak perlu mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dalam forum ini mengenai isu 1MDB.

“Walaupun dia men­dakwa sebagai top dog dan setaraf dengan Najib, tetapi pada saya jawatan beliau itu tidaklah ada apa-apa kuasa sebenarnya. Oleh itu tiada sebab dia tidak berdebat dengan saya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, jangan bangkit soal status,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Chat di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jaz­lan Yaakub; Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu, Madihah Ab. Aziz.

Rabu lalu, Dr. Mahathir dilaporkan mencabar Najib men­yertai forum tersebut pada 13 Ogos ini untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

Mohd. Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berkata, Dr. Mahathir sebenarnya tidak serius untuk ber­debat secara ilmiah dan bersopan, sebalik­nya mahu menjadikan forum itu sebagai platform memalukan Najib.

“Mereka datang buat kecoh supaya Perdana Menteri dimalukan di khalayak ramai dan ini terbukti dalam forum Nothing To Hide 1.0 walaupun tidak dijemput, beliau datang dan apabila dimaklumkan bahawa program itu batal, Dr. Mahathir tidak mahu pulang, malah penyokongnya memecahkan pintu dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu naik ke pentas untuk berucap.

“Sebab itu saya kata kalau benar serius nak berdebat, saya menawarkan diri untuk berdebat tentang 1MDB sebab kebetulan kita pun sediakan buku 1MDB Siapa Kata Tidak Dijawab dan kita ada banyak soalan nak tanya dia, macam mana anak-anak dia dapat kekayaan dan isu mata wang,” katanya.

Tambah Mohd. Puad, beliau berharap forum tersebut diadakan secara teratur dan memberi ruang kepada semua orang untuk mengeluarkan pandangan secara rasional serta aman tanpa ada gangguan.


Video oleh AZRAN FITRI RAHIM