“Baru-baru ini saya tidak dibenarkan dijamin sehingga menyebabkan saya meringkuk dalam penjara selama 27 hari sedangkan kertas siasatan belum disiapkan.

“Saya rasa seolah-olah dihukum sedangkan perbicaraan belum dimulakan dan hal ini menyebabkan saya yang merupakan seorang pemimpin dipandang negatif oleh masyarakat,” katanya.

Perkara itu diberitahu oleh Jamal kepada Majistret Haslinda A. Raof hari ini selepas sebutan semula bagi dua pertuduhan menceroboh dua premis perjudian di Taman Kosas, dua tahun lalu di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE