Mengaku namanya sebagai Haziq Aziz mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.

"Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama (individu mirip menteri) dalam video yang telah viral semalam.

"Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei (semasa) Pilihan Raya Kecil Sandakan di (bilik individu mirip menteri) di Hotel Four Points," katanya melalui rakaman video yang dimuat naik di media sosial hari ini.

Melalui video itu, Haziq berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat menteri terbabit.

"Saya menggesa SPRM untuk menyiasat .... atas tuduhan korupsi.

"Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin," katanya. - UTUSAN ONLINE