Video ihsan RAKAN MEDIA

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) itu tiba di Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya, dekat sini kira-kira pukul 2 petang sebelum keluar kira-kira pukul 3.30 petang.

Syed Saddiq berkata, dalam kejadian tersebut, dirinya telah diserang oleh seorang exco Pemuda UMNO yang didakwa telah mengcekak lehernya dengan kuat dan mengugutnya supaya keluar dari kawasan berkenaan.

“Apa yang berlaku adalah salah kerana melibatkan serangan fizikal dan saya akan serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

“Tiada kesan kecederaan akibat tindakan tersebut tetapi saya akan pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan susulan,” katanya selepas membuat laporan polis, di sini hari ini.

Menurut Syed Saddiq, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika dia bersama beberapa ahli PH yang lain sedang menuju ke kawasan meletak kenderaan sebelum bertembung dengan sekumpulan penyokong BN.

Jelasnya, secara tiba-tiba kami diserang dengan kata-kata kesat oleh penyokong BN yang kemudian telah mengepung kami sebelum beberapa polis di kawasan berkenaan bertindak mengawal kami hingga ke kenderaan masing-masing.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff mengesahkan dua laporan polis telah dibuat termasuk dari Syed Saddiq dan anggota polis di Balai Polis Kajang, dekat sini.

“Kami masih merakam percakapan saksi-saksi sebelum mengklasifikasikan siasatan dan melakukan tindakan lanjut,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE