Menurut calon BN Parlimen Kapit merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi, perbuatan tersebut merupakan taktik kotor pembangkang seperti DAP yang cuba mempengaruhi masyarakat agar tidak mengundi beliau.

Katanya, kejadian itu berpunca daripada tindakan kontraktor yang mengorek jalan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan tidak memberitahu kepada Syarikat Sesco Berhad (Sesco).

"Mengapa dipolitikkan soal ini, saya juga tidak mahu perkara ini terjadi dan yakin masyarakat dapat menilai malah tidak termakan dakwaan tidak berasas berkenaan.

"Itulah DAP, suka memutar belit apa saja dan saya menyeru masyarakat di sini jangan menyokong gabungan pembangkang PKR," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Usahawan Desa (KUD) @Kapit di Pentas Utama Fort Slyvia di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Norison Ramli; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Jaul Samion dan Residen Bahagian Kapit, Joseph Belayong Punan.

Alexander akan berlawan dengan muka baharu calon DAP, Paren Nyawi dalam pertembungan satu lawan satu di Parlimen Kapit.

Mini KUD ketiga itu selepas [email protected] dan [email protected] bertujuan memasarkan dan mempromosikan terutama produk-produk luar bandar lantas mengenal pasti potensinya untuk dipasarkan ke luar.

Ini bersesuaian dengan slogan kita untuk mensasarkan produk luar bandar ke pasaran antarabangsa iaitu 'dari lokal kepada global'.

Program [email protected] dijalankan selama dua hari bermula semalam merangkumi jualan produk daripada pelbagai pelbagai agensi di bawah kementerian dan usahawan tempatan dengan 50 ruang pempamer. - UTUSAN ONLINE