Rakaman ucapan tersebut dimuat naik dalam laman Facebook beliau hari ini dan dalam video berdurasi 30 saat itu turut disertakan terjemahan ucapannya dalam bahasa Malaysia.

Dalam temubual dengan Utusan Malaysia baru-baru ini, Ramli mengakui boleh bertutur dalam bahasa Mandarin, cuma jelasnya tidaklah begitu 'pandai'.

Berikut adalah terjemahan daripada ucapan Selamat Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin dalam rakaman tersebut.

'Kepada saudara mara di Cameron Highlands yang dikasihi. Nama saya Ramli, orang tempatan dari sini dan saya ialah salah seorang daripada kamu. Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi.

'Saya akan sentiasa bersamamu. Menjelang Tahun Baru Cina, saya juga ingin mengambil kesempatan awal ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada warga Tionghua di Cameron Highlands. Sekian terima kasih'. - UTUSAN ONLINE