Video oleh AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pembelajaran Antarabangsa Malaysia (IMEC), Prof. Dr. Selvaraj Oyyan Pillay berkata, peningkatan itu dapat dilihat dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini selepas kerajaan dilihat mengutamakan kebajikan semua kaum khususnya India.

Katanya, sebelum Najib menerajui negara, persepsi kaum India terhadap kerajaan jelas kurang meyakinkan apatah lagi dengan perkembangan media sosial menyebabkan pelbagai maklumat disebarkan tanpa sebarang tapisan.

"Sebenarnya dalam 10 hingga 15 tahun sebelum ini, persepsi kaum India secara amnya teragak-agak terhadap kerajaan kerana memikirkan apa yang dilakukan kerajaan untuk mereka. Namun, dalam tempoh lima tahun, mereka merasa inilah kerajaan yang mendekati kaum India sampai ke rumah.

"Bukan sahaja dalam bidang pendidikan dan perniagaan tetapi bantuan diberikan menyeluruh. Walaupun pembangkang menggunakan taktik di media sosial, kaum India tidak mudah terpedaya dan menerima hakikat bahawa kerajaan yang boleh membawa nasib kaum India adalah BN," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai ucapan dasar Presiden UMNO ketika majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO, Selvaraj berkata, itu satu ucapan yang bagus dan tepat pada masanya.

"Najib mengingatkan rakyat tentang hala tuju negara. Pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14), rakyat usah memperjudikan masa depan negara dengan memilih pembangkang. UMNO dan BN sudah buktikan mereka menjalankan tugas dengan cemerlang selama ini.

"Rakyat memahami ini bukan sekadar cita-cita tetapi fakta dengan prestasi BN di bawah pimpinan Najib telah membawa Malaysia ke tahap dihormati dunia," ujarnya. - UTUSAN ONLINE