Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Bapa mengamuk anak dihalang ahli PPBM peluk Tun M

Mengamuk

KEPALA BATAS 20 Ogos - Program Jelajah Semarak anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Jumaat lalu berakhir dengan kekecohan apabila seorang remaja berusia 17 tahun mengamuk kerana tidak dibenarkan memeluk Penasihat parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah malam itu, remaja lelaki berkenaan dikatakan dikasari beberapa ahli PPBM yang mahu membawanya keluar daripada perkarangan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) selepas dia mahu memeluk Dr. Mahathir.

Kekecohan kira-kira setengah jam itu juga telah menyebabkan peserta program panik dan bimbang sekiranya perkara sama dalam program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini yang menyaksikan balingan kerusi, kasut dan suar terhadap bekas Perdana Menteri itu berulang.

Seorang lelaki yang mendakwa ayah ramaja berkanaan, Faizal, 50-an berkata, anaknya sangat mengagumi Dr. Mahathir dan mahu hadir ke program itu pada malam berkenaan untuk berjumpa dengan pemimpin berkenaan tetapi tidak menyangka perkara sedemikian berlaku.

Menceritakan kejadian itu, lelaki itu yang turut mendakwa yang dirinya sebagai bekas Timbalan Ketua PKR Bahagian Tasek Gelugor berkata, dia enggan pergi ke program berkenaan tetapi anaknya mengajaknya kerana mahu melihat Dr. Mahathir yang juga rakan baik datuknya secara lebih dekat.

"Apa salah anak saya, dia hanya mahu memeluk Dr. Mahathir tetapi mereka tarik dia, cekik dia. Dalam PKR tidak pernah ada macam ini, orang hendaak sokong tetapi kenapa mereka buat anak saya macam penyangak?

"Kita baru hendak terima Dr. Mahathir, beliau fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita tidak boleh terima, kita marah Anwar kenapa terima. Kita baru nak terima tapi tengok dia buat macam ini, adakah kita mahu undi PPBM?" soalnya ketika ditemui pemberita di sini pada malam kejadian.

Video kekecohan itu menjadi tular di laman sosial dan menerima pelbagai pandangan daripada orang ramai dan Faizal dikatakan akan membawa anaknya itu membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (PRU).

Dalam masa sama, Faizal yang kecewa dengan parti baharu itu berkata, dia akan menggunakan pengaruhnya dalam PKR negeri bagi menghalang PPBM daripada bertanding di negeri ini dalam pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Ketua Penerangan PPBM negeri, Yaakob Osman berkata, perkara tersebut berlaku kerana pihak kawalan keselamatan menjalankan langkah terbaik memastikan keselamatan Dr. Mahathir namun percaya tidak berlaku sebarang kekasaran.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain