Menurut beliau, program itu adalah atas inisiatif para ibu bapa, guru dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang boleh dimanfaatkan oleh murid tahun satu sehingga pelajar tingkatan lima.

Katanya, portal itu dilancarkan di sini dan akan diperluaskan secara ke seluruh negara secara berperingkat.

“Saya harap ia akan disebar dari Perlis hingga ke Sabah.

“Pelancaran pada hari ini amat menggembirakan saya dan jadi trend baharu untuk meningkatkan pendidikan anak-anak kita,” katanya ketika berucap melancarkan PDTuition.com di sini.

Yang turut hadir, tokoh pendidikan, Tan Sri Abdul Rahman Arshad. – UTUSAN ONLINE