Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis berkata, untuk itu pengundi tidak harus memperjudikan masa depan dengan mengundi pembangkang.

"Undilah BN sebagai bukti sokongan dan kesinambungan pembangunan yang berterusan.

"Kawasan Parlimen Sri Aman akan dipertahankan oleh calon Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Masir Kujat yang sebelum ini pernah meraih sebanyak 6,550 majoriti undi pada PRU13.

Terdahulu, beliau bersama Ketua Pergerakan Wanita Parti Rakyat Bersatu (SUPP) Simanggang iaitu Ling Siew Hung dan ahli parti telah mengadakan kunjungan muhibbah terhadap Sawing Kandau, 78, di Jalan Kejatau, yang lumpuh hari ini.

Katanya, Sri Aman hari ini membangun maju, malah terlaksananya projek menaik taraf loji rawatan air di Bayai, pelebaran jalan dan projek hospital baharu yang kini masih dalam proses pembinaan bakal memberi manfaat kepada rakayat.
 
“Saya yakin bahawa lebih banyak projek pembangunan akan dapat dibawa ke Sri Aman sekiranya BN berjaya memegang semula tampuk pemerintahan kerajaan selepas 9 Mei nanti.
 
“Paling penting sekali semua penduduk di kawasan Parlimen Sri Aman haruslah menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi bagi menjayakan proses demokrasi di negara ini,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE