NOH OMAR
NOH OMAR

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata empat nama itu terdiri daripada pemimpin tempatan lelaki dan wanita.

"Yang kami hantar senarai nama pimpinan UMNO, namun ini bukan muktamad. Saya semalam berbincang dengan Presiden parti (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) mengenai senarai nama calon cadangan kami.

"Namun, kalau pucuk pimpinan mungkin melihat kenapa tidak cuba calon bukan daripada pimpinan UMNO kami kena terima, kami serahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan muktamad berkenaan calon," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada 125 bakal haji di Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.

Noh berkata UMNO Selangor juga akan memberi sokongan penuh sekiranya pucuk pimpinan parti memutuskan untuk meletakkan calon luar pada PRK itu nanti. - BERNAMA