MOHD. FAIZAL RAMLI
MOHD. FAIZAL RAMLI 

Ketuanya, Mohd. Faizal Ramli berkata, BN tidak perlu terlibat dalam PRK itu kerana penyandang kerusi tersebut sengaja meletakkan jawatan bagi memenuhi kepentingan peribadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dengan perkembangan ketika ini, saya yakin jumlah mereka yang akan keluar mengundi nanti adalah rendah. Selain kerana tiada calon BN, ramai pengundi tidak nampak keperluan diadakan PRK.

“Mereka beranggapan keputusan PRK nanti tidak akan mengubah landskap politik negeri atau negara,” katanya di sini hari ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata, keputusan memboikot PRK Port Dickson dibuat ekoran kerusi Parlimen itu dikosongkan semata-mata untuk memenuhi cita-cita politik Anwar.

Mohd. Faizal berkata, beliau yakin Anwar mahu BN bertanding kerana ingin menunjukkan kredibiliti dan kejaguhannya sebagai bakal Perdana Menteri kelapan.

Ujarnya, PRK itu tidak lagi menarik perhatian dan Anwar perlu berusaha meyakinkan orang ramai mengundi pada 13 Oktober ini bagi memastikannya mendapat jumlah undi yang tinggi. - UTUSAN ONLINE