Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sedar perkara itu bukan mudah kerana wujud ketidaktentuan dalam kalangan akar umbi memandangkan parti itu tidak pernah tewas dalam 13 siri pilihan raya umum sebelumnya.

Namun begitu, beliau percaya ahli-ahli yang sayangkan UMNO, yang merupakan `orang UMNO’ tentunya akan faham prinsip perjuangan parti itu tetap tidak berubah untuk terus memartabatkan maruah bangsa, agama dan tanah air.

“Maka, marilah kita sama-sama bina semula parti ini, bina semula runtuhan yang telah melanda kita.

“Kita kutip batu-bata, sama-sama kita kutip dan kita susun semula supaya menjadi satu tembok yang baharu, yang lebih kuat, lebih kukuh dan dapat menahan apa juga yang mendatang,” katanya menerusi rakaman temu bual yang dimuat naik di laman Youtube UMNO Online semalam. - UTUSAN ONLINE