Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara it merupakan usaha digerakkan sebelum ini yang mahu melihat 30 peratus wanita menjadi membuat dasar.

“Tiba masanya tokoh wanita diketengahkan sebagai ahli parlimen, sebagai menteri kerana tuntutan 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar amat saya sokong.

“Kita tahu wanita bekerja kuat selama ini dan jangan hanya kita puji mereka secara retorik tapi kena juga beri peluang mereka bertanding,” katanya berucap dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Parit Sulong di MRSM Batu Pahat di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan. - UTUSAN ONLINE