Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang juga Menteri Besar berkata, penyatuan dan pemuafakatan itu mampu menguatkan UMNO bahagian berkenaan.

"Saya yakin Barisan Nasional akan dapat mempertahankan kerusi Parlimen Pendang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang yang dimenangi sebelum ini.

"Pada masa yang sama, berdasarkan semangat dan sokongan yang ditunjukkan seluruh ahli UMNO mampu merampas semula DUN Tokai yang sekarang ini dikuasai pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tempoyak Parlimen Pendang di sini malam ini.

Pada majlis itu, Ahmad Bashah turut melancarkan Gerak Kerja Bermotor daerah mengundi itu.

Turut hadir pada majlis itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Md. Rozai Shafian, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul dan Pengerusi Muafakat Legasiku Parlimen Pendang, Datuk Adnan Osman.

Beliau menambah, kekuatan UMNO terserlah bukan sahaja di Parlimen Pendang malah parlimen lain di negeri ini. - UTUSAN ONLINE