Menurutnya, sebagai pemimpin parti masing-masing, mereka seharus mempunyai pendirian dan menghormati piagam BN sebagai paling utama melebihi keutamaan yang lain.

Beliau berkata, kenyataan berbaur ugutan dibuat oleh pemimpin berkenaan berikutan suara hati dan kehendak orang bawahan mereka atau kehendak mereka sendiri yang mahu bertanding di kerusi yang telah ditentukan untuk parti komponen yang lain.

“Sudah tentu kepimpinan BN akan memperkirakan tentang persetujuan terhadap kerusi-kerusi yang tertentu samada ia dipinjamkan buat sementara waktu, atau ditukarkan dengan kerusi lain.

“Akan tetapi, sekiranya pemimpin berkenaan mahu terus berkeras, saya yakin akhirnya beliau akan menerima hakikat bahawa kesatuan di dalam BN adalah sesuatu yang harus diberikan keutamaan, ertinya semangat kesatuan di kalangan parti komponen harus diterjemahkan dalam bentuk komitmen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit 4, Sungai Sumun dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE