Ketuanya, Mohd. Farid Mohd. Nor menegaskan kenyataan Bob Manolan untuk memberhentikan penyaluran gaji dan melucutkan jawatan Tok Batin sekiranya tidak mengundi calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands disifatkan sebagai tindakan terdesak gabungan berkenaan.

Jelas beliau, pengundi Parlimen Cameron Highlands bebas memilih siapa yang mereka fikirkan layak untuk menjadi pemimpin kawasan tersebut.

“Pihak kami dimaklumkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka kertas siasatan berdasarkan kesalahan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana mengancam dan menjejaskan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen.

“Pemuda UMNO Pahang nyata kecewa dengan tindakan terdesak ahli Parlimen daripada parti pemerintah yang tergamak melakukan ugutan kepada pemimpin masyarakat setempat. Sekiranya perkara ini tidak dibendung, ianya akan menjadi gejala penyalahgunaan kuasa yang ketara,” katanya dalam kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE