Dominic berkata, hal itu kerana Maszlee pernah menyatakan yang laporan kajian tersebut akan dibentangkan kepada jemaah Menteri pada Julai ini dan kelewatan selama sebulan tidak boleh diterima sama sekali.

“UEC masih belum diiktiraf walaupun sudah setahun Pakatan Harapan (PH) berkuasa. Kita jangan lupa janji pemimpin PH untuk segera mengiktiraf sistem peperiksaan ini.

“BN telah gagal mengiktiraf UEC dalam tempoh pentadbiran selama enam dekad lalu tetapi mereka telah dihukum rakyat atas kesilapan tersebut dan kehilangan banyak kuasa di negeri serta di peringkat Persekutuan. Kita berharap PH tidak ulang kesilapan sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE