Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, ini kerana bekas Perdana Menteri itu baru kali pertama menjadi pembangkang dalam karier politiknya.

Dalam soal ini, katanya, tuduhan yang dibuat Dr. Mahathir terhadap Pas kononnya menerima dedak UMNO merupakan tuduhan semata-mata.

“Kamu (Dr. Mahathir) ya kerana 22 tahun menjadi Perdana Menteri namun kami (Pas) tidak pernah makan dedak malahan sebahagian besar kepimpinan kami tidak terlibat dengan UMNO,” katanya selepas pelancaran jentera Pas Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh di sini hari. - UTUSAN ONLINE