Untuk makluman Tun Dr. Mahathir, tak perlu kami parti UMNO menyertai Bersatu. Malaysia sudah sekian lama wujud perikatan parti- parti yang kekal sejak merdeka lagi.

Kepelbagaian parti tu adalah lumrah dalam Malaysia ini kerana perbedaan ideologi yang ada.

Kalau benar Tun Mahathir kata demi orang Melayu maka elok lah jika bersatu muhasabah diri akan hala tuju Pakatan Harapan itu sendiri yang didominasi DAP.

Bersatu hanya minoriti dalam gabungan Pakatan Harapan yang mana majoriti bukan Melayu menguasai kerajaan.

Sebagai rujukan Tun Dr. Mahathir, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat semuanya hanya bertahan selama satu penggal sahaja selama ini.

Saya yakin Tun Dr. Mahathir juga nampak bahawa Pakatan Harapan yang menang pilihanraya dengan fitnah dan penipuan ini akan kalah teruk pada PRU-15 nanti.

Saya jemput Tun Dr. Mahathir dan Bersatu untuk bersama Barisan Nasional.

Parti perikatan yang sejak dahulu telah membuktikan semangat Malaysia dengan Melayu sebagai majoriti dalam kerajaan tanpa meminggirkan mana-mana kaum.

Jika benar Tun Dr. Mahathir kata demi Melayu maka ayuh bubarkan Parlimen dan kita jayakan agenda kerajaan Melayu Bumiputera bersama Barisan Nasional dan Pas.

Penulis adalah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan Malaysia