Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, ROS sebagai jabatan kerajaan mempunyai undang-undang dan peraturannya sendiri yang perlu dipatuhi sebelum boleh meluluskan setiap permohonan.

"Syed Saddiq perlu bersikap lebih profesional dan tidak harus menuding jari seolah-olah perkara berkenaan sangat mudah dilakukan tanpa melakukan usul periksa sewajarnya.

"Janganlah sewenang-wenangnya membuat tuduhan kepada pegawai atau agensi kerajaan hanya kerana keputusan itu tidak memberi kelebihan kepada kita,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Syed Saddiq yang menuduh ROS sengaja melengah-lengahkan pendaftaran Pakatan Harapan dan turut menyifatkan jabatan itu menjadi 'alat' pihak tertentu sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). - UTUSAN ONLINE